Sunday 26 June 2011

UMNO diingatkan jangan libatkan Agong.

PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.





Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.

Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan. Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.

Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

"Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.

Didalam suatu sudut Mata Pisau bersetuju dengan beliau tetapi dalam sudut yang lain, apa ke jadah ko nak berhimpun ramai-ramai untuk jumpa Yang Di Pertuan Agong.. Suruhlah pemimping tertinggi ko dua tiga ekor yang jumpa...bangang sokmo!!!!


Elak kan perhimpunan demi kesejahteraan, bertentangan empat mata dan bersemuka itulah tuntutan Islam bukan dengan perhimpunan yang kononnya bersih tu...Samdoll..!!!


No comments:

Post a Comment