Sunday 24 July 2011

Friday 8 July 2011

Polis kepung dewan untuk henti program Bersih, engkar titah Agong



Pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.
Tindakan itu kurang 12 jam selepas  Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.


Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.
Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.


Polis menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan.
Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.
Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.


Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.
“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.
Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.
“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau.



Wednesday 6 July 2011

Perangi Himpunan Bersih 2.0 bukti Umno zalim kepada rakyat – Anwar




Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut dan memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan,” katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0.

Terbaru, lima anggota Angkatan muda KEADILAN (AMK) Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas ‘kesalahan’ sama.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.

Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan, katanya.



Mata Pisau : Bukan nak cakap apalah kan, dulu masa kat UMNO sibontot ni juga yang mempertahankan dasar UMNO... Bajet untuk air di Kelantan di yang potong masa jadi menteri Kewangan dulu... Sekarang cakap lain pula..

Aduhhh,, susah kalau nak cakap dengan org yang tak tau nak bezakan bontot dengan tut tut tut.... Janji lubang jer semua dia nak sebat... 

Tolong lah bersihkan nama ko dulu baru lah nak bersihkan org lain pulak...Dasar muka bontot betul la ko ni... Noktah hitam kat muka ko tu pun dah mula menebal so bawak2 bertaubat la...


Sunday 3 July 2011

Sketsa Pakatan Rakyat....


tak berapa pasti , siapakah gerangan yang melakonkan watak2 tersebut, di mana pula lokasi penggambarannya, siapakah yang menjadi pengarahnya dan apakah video-video ini akan terus dilakukan secara berkala..

video ini telahpun dimuat naik baru-baru ini ke YouTube oleh kawasaki9722

video terhangat!!!





 



 



  

Saturday 2 July 2011

177,077 wang tak dapat dikesan

177,077 wang tak dapat dikesan

 

 

 Sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.
“Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.


“Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh membawa beg-beg yang mengandungi wang kertas RM500 dan RM1,000 itu untuk ditukarkan di Bank Negara kerana tempoh laku wang itu sudah tamat,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perkhidmatan Wang 2011 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab persoalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang ingin tahu berapa wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih terapung di pasaran serta tidak dapat diimbangkan dengan jumlah cetakan.
Sementara itu, Awang Adek berkata, sejak 2002, sebanyak 93 kes telah dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) melibatkan jumlah sebanyak RM2.34 bilion.


“Daripada jumlah itu, 18 kes telah disabitkan, 17 daripada membabitkan hukuman penjara, manakala sejumlah RM55.4 juta sudah dilucutkan haknya,” katanya menjawab soalan Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) mengenai berapa kes pengubahan wang haram berjaya diselesaikan.


Mata Pisau : Anwar difahamkan individu yang paling banyak menyimpan wang kertas Rm500 dan Rm1000....Sebab tu dia sibuk nak jadi PM kerana bila beliau jadi PM beliau akan hidupkan kembali wang kertas tersebut....Macam2 hal agenda anwar ni..!!!