Sunday 24 July 2011

Friday 8 July 2011

Polis kepung dewan untuk henti program Bersih, engkar titah Agong



Pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.
Tindakan itu kurang 12 jam selepas  Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.


Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.
Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.


Polis menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan.
Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.
Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.


Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.
“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.
Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.
“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau.



Wednesday 6 July 2011

Perangi Himpunan Bersih 2.0 bukti Umno zalim kepada rakyat – Anwar




Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut dan memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan,” katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0.

Terbaru, lima anggota Angkatan muda KEADILAN (AMK) Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas ‘kesalahan’ sama.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.

Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan, katanya.



Mata Pisau : Bukan nak cakap apalah kan, dulu masa kat UMNO sibontot ni juga yang mempertahankan dasar UMNO... Bajet untuk air di Kelantan di yang potong masa jadi menteri Kewangan dulu... Sekarang cakap lain pula..

Aduhhh,, susah kalau nak cakap dengan org yang tak tau nak bezakan bontot dengan tut tut tut.... Janji lubang jer semua dia nak sebat... 

Tolong lah bersihkan nama ko dulu baru lah nak bersihkan org lain pulak...Dasar muka bontot betul la ko ni... Noktah hitam kat muka ko tu pun dah mula menebal so bawak2 bertaubat la...


Sunday 3 July 2011

Sketsa Pakatan Rakyat....


tak berapa pasti , siapakah gerangan yang melakonkan watak2 tersebut, di mana pula lokasi penggambarannya, siapakah yang menjadi pengarahnya dan apakah video-video ini akan terus dilakukan secara berkala..

video ini telahpun dimuat naik baru-baru ini ke YouTube oleh kawasaki9722

video terhangat!!!





 



 



  

Saturday 2 July 2011

177,077 wang tak dapat dikesan

177,077 wang tak dapat dikesan

 

 

 Sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.
“Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.


“Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh membawa beg-beg yang mengandungi wang kertas RM500 dan RM1,000 itu untuk ditukarkan di Bank Negara kerana tempoh laku wang itu sudah tamat,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perkhidmatan Wang 2011 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab persoalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang ingin tahu berapa wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih terapung di pasaran serta tidak dapat diimbangkan dengan jumlah cetakan.
Sementara itu, Awang Adek berkata, sejak 2002, sebanyak 93 kes telah dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) melibatkan jumlah sebanyak RM2.34 bilion.


“Daripada jumlah itu, 18 kes telah disabitkan, 17 daripada membabitkan hukuman penjara, manakala sejumlah RM55.4 juta sudah dilucutkan haknya,” katanya menjawab soalan Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) mengenai berapa kes pengubahan wang haram berjaya diselesaikan.


Mata Pisau : Anwar difahamkan individu yang paling banyak menyimpan wang kertas Rm500 dan Rm1000....Sebab tu dia sibuk nak jadi PM kerana bila beliau jadi PM beliau akan hidupkan kembali wang kertas tersebut....Macam2 hal agenda anwar ni..!!!

Thursday 30 June 2011

KDN Dan Pihak Polis Perlekehkan Undang-Undang???



Seekor lagi anjing hitam PR.




 N.Surendran berkata polis sendiri menyalahi undang-undang apabila menangkap pimpinan politik, NGO dan orang ramai yang dikaitkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0.

Polis sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka sendiri menyalahi undang-undang. Polis seolah tidak menghormati hak asasi rakyat di bawah perlembagaan persekutuan.

Atas kesalahan apa mereka ditangkap? Tiada apa-apa akta yang sabitkan kesalahan untuk mengedarkan risalah.

Tindakan polis menggambarkan kita berada dibawah negara diktator atau negara polis yang bukannya demokrasi tetapi diktator-fasis.

Susulan itu, N.Surendran berkata Menteri dan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mempromosikan himpunan itu.




mata pisau : Jangan terlalu lantang melalak.. Biar polis buat kerja dia.. Nanti cakap polis takder kerja pulak.. Zaman sekarang kita kena banteras kesalahan daripada belaku bukan kita tunggu sampai kesalahan dah berlaku... Sebagai rakyat Malaysia kami memerlukan KEAMANAN bukannya PERHIMPUNAN HARAM..




Tuesday 28 June 2011

Suhakam menjadi dalang ??



Pengorusi Suhakam berkata :-

"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada  9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak  untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.





"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "




Mata Pisau : Apa sudah jadi ??? Apa tak bole pikir ker orang tua ni kalau dah 3 kumpulan buat perhimpunan apa akan jadi?? Kalau semua nak dengar kata ok lah buatnya semua buat kepala biyul masing2 kau nak tanggung ker,, bangang punya orang tua...Orang kalau bole nak elak semua tu berlaku kau pulak nak menyokong...

Kalau yer pun termaktub dalam perlembagaan tengok la juga kesan dan akibatnya nanti baik ker buruk....!!!

Monday 27 June 2011

Perkasa dan Pemuda Umno diberi perlindungan dan kekebalan dari kerajaan.


Ustat Idris Ahmad menyatakan Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah dari semua aspek. Oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.


"Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?”


“Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya.

Tambahnya, " Kerajaan perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak."



Mata Pisau : Sedih kekadang tengok rakyat Malaysia berfikiran macam Ustat ni. Nak cakap bodoh tapi pandai.. Yang korang nak ikut tu (ambingai) salah sorang yang tolak Islam..

 Lagi pun SPR dah kemukakan akan melaksanakan sistem biomatrik satu sistem yang canggih buat masa ini... Mana ada orang nak guna dakwat kekal ni lagi, apa ko ingat guna dakwat kekal tak boleh tipu ker??????  

Ko tanya si Anwar Berahi tu macam mana cara nak tipu kalau guna dakwat kekal, nanti dia terangkan pada ko... Sebab si Anwar Berahi ni bapak kepada segala penipu....Ustat tolonglah jangan jadi kekampungan sangat walaupun kita ni orang kampung..












Sunday 26 June 2011

UMNO diingatkan jangan libatkan Agong.

PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.





Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.

Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan. Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.

Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

"Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.

Didalam suatu sudut Mata Pisau bersetuju dengan beliau tetapi dalam sudut yang lain, apa ke jadah ko nak berhimpun ramai-ramai untuk jumpa Yang Di Pertuan Agong.. Suruhlah pemimping tertinggi ko dua tiga ekor yang jumpa...bangang sokmo!!!!


Elak kan perhimpunan demi kesejahteraan, bertentangan empat mata dan bersemuka itulah tuntutan Islam bukan dengan perhimpunan yang kononnya bersih tu...Samdoll..!!!


Beer Halal ???

Isu beer halal timbul sejak 28 Mei lalu, selepas akbar melaporkan penjualan beer beer berkenaan di pasaran semakin popular dikalangan umat Islam di negeri Johor.





Oleh yang demikian, pesanan dari Datuk Seri Jamil Khir Baharom, umat Islam dilarang meminum minuman tersebut kerana minuman tersebut mengandungi alkohol sebanyak 0.5%.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan di jual diantara Rm3 hingga Rm5 sebotol.

Namun begitu keputusan pengharaman beer ini akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mendapat keputusan ujikaji dari JAKIM.









Persoalannya:
Apa ke jadah nak amik masa lama sangat sampai 2 bulan baru nak buat keputusan.???

Alasan yang diberi ialah kerana makmal-makmal universiti tempatan mempunyai banyak benda-benda yang perlu diberi keputusan yang menjadi perhatian..Benda apa yang banyak sangat tu.. ker memang sengaja nak bagi banyak alasan...Come on bro benda ni lagi penting ni bro..!!!!


JAKIM perlu mengambil tindakan segera bukan sambil lewa..!!





Saturday 25 June 2011

Kalau Berani Buka Seluar Lah !!!!

Sandiwara Anwar Berahi...

Apa nak pening-pening pala. Masa perhimpunan bersih nanti kita desaklah si Nuar Berahi ni bukak suar...hahhahahhahaaa



Lepas tu kita tengok kesahihan burung belatoknya sama ker tak...amacam ada bran ke pak nuar????? Kalau tak bran ko simpan jer la belatok ko tu dalam gua jijah tak pun ko rendam jer kat kolam Ambingai tu hahahhahahhaha.........

Apalagi ko nak tangguh-tangguh kes ko ni nuar...kalau tak salah kenapa takut????





Yang salah usah dibela kelak menambah dosa, yang penting kita perlu memacu negara ke singgah sana agar anak bangsa tidak di cerca....Untuk apa perhimpunan bersih sekiranya kita sendiri tahu akan menimbulkan huru hara kepada negara...Kalau masih ingin mengikut telunjuk orang lain maka kita akan buta selama-lamanya..


Bangkit Rakyat Malaysia hentikan perkara yang bakal mengundang huru hara kepada negara.....



Black Panther: Alang2 Menyeluk Pekasam !!

Black Panther: Alang2 Menyeluk Pekasam !!: "Semangat juang warga muda,, YB Khairy Jamaluddin tetap akan menyertai perhimpunan bantahan ke atas demonstrasi haram Gabungan Pili..."

Jangan Ingat Orang Awam Bodoh!!

 Jom kita tengok kisah Kastam !!!!

Kebanyakan pegawai Kastam Diraja Malaysia yang gagal mengisytiharkan harta mereka terdiri daripada pegawai-pegawai muda yang sememangnya tidak mempunyai harta disebabkan baru bertugas dengan agensi itu, kata Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad.

Katanya, pegawai-pegawai berkenaan tidak mengisi borang pengisytiharan harta kerana berpendapat mereka tidak perlu berbuat demikian disebabkan mereka tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan..

>Kenyataan ini membuatkan mata-pisau tergelak sorang2....Satu kenyataan yang bodpoh di buat oleh Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia.

Adakah president ni buta sehinggakan tidak dapat melihat mana betul mana yang salah???? Kalau pegawai muda takder harta, yang pakai keta berjela-jela tu aper??? 

Contoh yang dekat adalah Kastam di tambak Johor...President ni tahu ker apa yang pegawai-pegawai kastam kat tambah buat???

Setiap borang yang dihantar untuk pemeriksaan memerlukan Rm10 untuk duit tong... Duit tong untuk apa????

Cerita ini telah lama dibangkitkan namun seolah-olah mencurah air di daun keladi... Macam mana nak betul???? Kalau agensi kerajaan yang sepatutnya melingdungi negara buat onar??? Sebab tu la pelbagai barang seludup dapat masuk ke Malaysia dengan mudah.....Untuk mengaburi mata rakyat ditimbulkan pula kastam rampas itu kastam rampas ini tapi pada hakikatnya semua berlakon untuk perut sendiri.

Cuba kaji berapa gaji pegawai kastam???? dan lihat pula aklan gaya hidup pegawai tersebut....Orang awam bukan bodoh tapi telah diperbodohkan oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab....

Bukan setakat Jabatan Kastam jer semua jabatan sama....Rasuahhhh !!!!!!

Terbaru berkaitan polis pulak....Sebuah permis kuda di Taman Tampoi,,,, polis membuat serbuan terhadap kedai tersebut tetapi sayang seribu kali sayang hanya pelanggan sahaja yang diperiksa dan ditangkap...Tokey kedai macam mana ?????? Sehingga sekarang ni kedai tersebut masih beroperasi so Polis tido ker??? Makan gaji buta ker??? Ker memang dah amik gaji bulan dengan tokey kedai????????

Semua ni lah yang menyebabkan kerajaan tumbang.......

Friday 24 June 2011

Depan Sebat Belakang Rembat !!!


Anwar Berahi dicabar supaya membersihkan namanya terlebih dahulu daripada segala tuduhan perlakuan tidak bermoral sebelum berhasrat membersihkan sistem pilihan raya negara ini dengan menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Anwar Berahi hanya perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan menunjukkan jam tangan Omega sebagai bukti beliau bukan pelaku dalam video aksi seks yang tersebar sebelum ini.

Anwar Berahi memberitahu rakyat mengenai sistem pilihan raya yang kononnya tidak adil, tetapi rakyat juga berhak mengetahui tentang perilaku sebenar Si Juburi ini..

Anwar Berahi sepatutnya berasa malu untuk turut terlibat dalam perhimpunan haram Bersih sedangkan beliau tidak berani membersihkan namanya sendiri, tapi apakan daya Si Juburi ni memang muka tembokk.

 Anwar Berahi dipercayai sebagai salah seorang dalang di sebaliknya perhimpunan bersih yang akan dianjurkan oleh si Ambingai, kerana dengan cara itu Si Juburi ini dapat memesongkan perhatian rakyat terhadap kes yang membabitkannya.



Begitulah sikap Anwar Berahi yang sanggup mempergunakan sesiapa sahaja bagi kepentingan dirinya jika berada dalam keadaan terdesak.

Anwar Berahi memerlukan keadaan huru-hara untuk menghasilkan gelombang kebencian terhadap kerajaan untuk memastikan hasrat politiknya tidak lenyap dalam arus konsep 1Malaysia

..

Thursday 23 June 2011

Mata Pisau: DAPig Semakin Melampau..

Mata Pisau: DAPig Semakin Melampau..: "Kebiadaban DAPig semakin teserlah namun masih ada pihak yang membutakan mata dan memekakkan teliga demi menjaga kepentingan hawa nafsu perib..."

DAPig Semakin Melampau..

Kebiadaban DAPig semakin teserlah namun masih ada pihak yang membutakan mata dan memekakkan teliga demi menjaga kepentingan hawa nafsu peribadi.

Sedutan ini membawa seribu erti kepada anak bangsa agar dapat menilai dengan mata dan kepala yang telah dikurnikan kepada kita.




Bersatu kita teguh, bertelagah kita hancur....Kekalkan keharmonian yang ada hindarkan malapetaka dari manusia yang hampir tiba..

Black Panther: Bersih Dibatalkan!!!

Black Panther: Bersih Dibatalkan!!!: "Black Panther dapat berita Perhimpunan Bersih dibatalkan, betul ker???? Hasil Nukilan Paper Waris Banyak kebaikkan dari keburukan s..."

Photo