Thursday 30 June 2011

KDN Dan Pihak Polis Perlekehkan Undang-Undang???



Seekor lagi anjing hitam PR.




 N.Surendran berkata polis sendiri menyalahi undang-undang apabila menangkap pimpinan politik, NGO dan orang ramai yang dikaitkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0.

Polis sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka sendiri menyalahi undang-undang. Polis seolah tidak menghormati hak asasi rakyat di bawah perlembagaan persekutuan.

Atas kesalahan apa mereka ditangkap? Tiada apa-apa akta yang sabitkan kesalahan untuk mengedarkan risalah.

Tindakan polis menggambarkan kita berada dibawah negara diktator atau negara polis yang bukannya demokrasi tetapi diktator-fasis.

Susulan itu, N.Surendran berkata Menteri dan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mempromosikan himpunan itu.




mata pisau : Jangan terlalu lantang melalak.. Biar polis buat kerja dia.. Nanti cakap polis takder kerja pulak.. Zaman sekarang kita kena banteras kesalahan daripada belaku bukan kita tunggu sampai kesalahan dah berlaku... Sebagai rakyat Malaysia kami memerlukan KEAMANAN bukannya PERHIMPUNAN HARAM..




No comments:

Post a Comment