Saturday 25 June 2011

Jangan Ingat Orang Awam Bodoh!!

 Jom kita tengok kisah Kastam !!!!

Kebanyakan pegawai Kastam Diraja Malaysia yang gagal mengisytiharkan harta mereka terdiri daripada pegawai-pegawai muda yang sememangnya tidak mempunyai harta disebabkan baru bertugas dengan agensi itu, kata Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad.

Katanya, pegawai-pegawai berkenaan tidak mengisi borang pengisytiharan harta kerana berpendapat mereka tidak perlu berbuat demikian disebabkan mereka tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan..

>Kenyataan ini membuatkan mata-pisau tergelak sorang2....Satu kenyataan yang bodpoh di buat oleh Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia.

Adakah president ni buta sehinggakan tidak dapat melihat mana betul mana yang salah???? Kalau pegawai muda takder harta, yang pakai keta berjela-jela tu aper??? 

Contoh yang dekat adalah Kastam di tambak Johor...President ni tahu ker apa yang pegawai-pegawai kastam kat tambah buat???

Setiap borang yang dihantar untuk pemeriksaan memerlukan Rm10 untuk duit tong... Duit tong untuk apa????

Cerita ini telah lama dibangkitkan namun seolah-olah mencurah air di daun keladi... Macam mana nak betul???? Kalau agensi kerajaan yang sepatutnya melingdungi negara buat onar??? Sebab tu la pelbagai barang seludup dapat masuk ke Malaysia dengan mudah.....Untuk mengaburi mata rakyat ditimbulkan pula kastam rampas itu kastam rampas ini tapi pada hakikatnya semua berlakon untuk perut sendiri.

Cuba kaji berapa gaji pegawai kastam???? dan lihat pula aklan gaya hidup pegawai tersebut....Orang awam bukan bodoh tapi telah diperbodohkan oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab....

Bukan setakat Jabatan Kastam jer semua jabatan sama....Rasuahhhh !!!!!!

Terbaru berkaitan polis pulak....Sebuah permis kuda di Taman Tampoi,,,, polis membuat serbuan terhadap kedai tersebut tetapi sayang seribu kali sayang hanya pelanggan sahaja yang diperiksa dan ditangkap...Tokey kedai macam mana ?????? Sehingga sekarang ni kedai tersebut masih beroperasi so Polis tido ker??? Makan gaji buta ker??? Ker memang dah amik gaji bulan dengan tokey kedai????????

Semua ni lah yang menyebabkan kerajaan tumbang.......

No comments:

Post a Comment