Sunday 26 June 2011

Beer Halal ???

Isu beer halal timbul sejak 28 Mei lalu, selepas akbar melaporkan penjualan beer beer berkenaan di pasaran semakin popular dikalangan umat Islam di negeri Johor.





Oleh yang demikian, pesanan dari Datuk Seri Jamil Khir Baharom, umat Islam dilarang meminum minuman tersebut kerana minuman tersebut mengandungi alkohol sebanyak 0.5%.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan di jual diantara Rm3 hingga Rm5 sebotol.

Namun begitu keputusan pengharaman beer ini akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mendapat keputusan ujikaji dari JAKIM.









Persoalannya:
Apa ke jadah nak amik masa lama sangat sampai 2 bulan baru nak buat keputusan.???

Alasan yang diberi ialah kerana makmal-makmal universiti tempatan mempunyai banyak benda-benda yang perlu diberi keputusan yang menjadi perhatian..Benda apa yang banyak sangat tu.. ker memang sengaja nak bagi banyak alasan...Come on bro benda ni lagi penting ni bro..!!!!


JAKIM perlu mengambil tindakan segera bukan sambil lewa..!!





No comments:

Post a Comment